Tuesday, August 7, 2012

::Sardin Marina::

        Assalamualaikum dan salam mesra, hari ini merupakan 19 Ramadhan dan masih dalam fasa yang ke dua dalam bulan Ramadhan. Entri aku pada kali ini bukanlah menceritakan mengenai kisah pada minggu lalu.

        Minggu lalu aku berseorangan telah pergi ke Masjid Jamek untuk membeli barang, aku bergerak keluar dari IB pada petang hari. Setelah sampai aku sampai di Masjid Jamek orang terlalu ramai sehingga menyebabkan aku sukar untuk bergerak. ia seperti "sardin marina", sebab orang terlalu ramai dan berhimpit-himpit untuk memilih barang untuk dibeli. 

          Disamping itu, aku melihat setiap ragam-ragam orang di Masjid Jamek, yang mana ragam-ragam sememangnya berlainan ada pula yang menyedihkan. heheh... Hari untuk aku membeli barang telah salah kerana orang ramai berpusuh-pusuh untuk membanjiri Masjid Jamek. Orang ramai membanjiri Masjid Jamek untuk membeli barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang tidak lama lagi bakal menjelma. 

         Walaubagaimmanapun, harus diingat bahawa bulan Rmadhan telah sampai ke fasa yang kedua yang mana dalam fasa kedua ini Allah S.W.T akan mengampuni dosa hambanya yang pernah melakukan dosa InsyaAllah... Oleh itu, disamping membuat persediaan untuk Aidilfitri janganlah lupa untuk melakukan amal kebajikan pada fasa kedua dalam bulan Ramadhan ini.

        Diringkaskan cerita, aku bali ke IB sebelum waktu berbuka puasa dan aku telah berbuka puasa di IB hehe...

Tuesday, July 31, 2012

**Pasaran Gelap**

Assalamualaikum dan salam mesra... Sebelum itu masih belum terlambat lagi untuk aku  mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi seluruh umat islam... hehehe...

Tajuk entri aku pada kali ini adalah pasaran gelap???... Al-kisah dimulakan cerita disebalik tajuk entri aku ini. Pada minggu lepas, selepas sahaja selesai solat sunat Tarawih sinor-sinor IB telah membawa aku ke sebuah pasaran gelap yang terletak di Cheras, sebenarnya nama tempat itu bukanlah pasaran gelap, namanya adalah Down Town... Kenapa pula aku mengelarnya pasaran gelap??... Ini kerana semasa aku pergi ke Up Town itu telah berlaku black out jadi seluruh kawasan tersebut telah gelap... huhuhu...

Ini merupakan  buat kali pertama aku pergi ke Down Town, barang-barang yang murah di situ memang banyak... Cuma black out telah menyukarkan aku dan sinor-sinor yang lain memilih barang unuk dibeli, ada pun gerai yang bercahaya hanya menggunakan lampu picit jadi cahaya yang memerangi gerai itu samar-samar... Gerai-gerai di situ semuanya menawarkan harga yang murah-murah disebabkan black out... 

Sebenarnya aku ikut ke Down Town ini bukanlah bertujuan untuk membeli belah, aku ikut ini hanya mahu jalan-jalan sahaja, ... Hehehe... Disingkatkan cerita aku balik IB lewat malam sudah...

P/S : Dalam gelap macam-macam boleh terjadi jadi hindarkan diri dari kawasan gelap... Bye-bye...


Tuesday, July 24, 2012

:: Di Sebalik Tangisan ::

   


          Assalamualaikum dan salam mesra... Entri Pangeran Pencinta pada kali ini berkisar mengenai tangisan... Pada minggu lepas aku telah menghadiri sebuah kuliah Agama berkisar mengenai tangisan yang disampaikan oleh seorang ustaz. Pengisian dalam kuliah Agama itu memang menarik, ustaz itu ada cakap bahwa terdapat 10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim, antaranya adalah...

01. Menangis kerana kasih sayang dan kelambutan hati. Ini dapat dikaitkan apabila sahabat bertemu
     kerana Allah dan berpisah kerana Allah, dalam perpisahan mereka keluar air mata kasih sayang yang
     akan memberi kelebihan kepada mereka di Padang Mahsyar iaitu akan terhindar daripada siksa di
     Padang Mahsyar, InsyaAllah...

02. Tangisan kerana takut. Tangisan ini kerana takut akan siksa neraka Allah

03. Tangisan kerana cinta. Tangisan kerana cinta akan seseorang  atau dalam erti kata lain tangisan
      dalam percintaan adalah kerana hawa nafsu semata-mata.

04. Tangisan kerana gembira. Tangisan ini kerana 

05. Tangisan kerana menghadapi penderitaan.

06. Tangisan kerna terlalu sedih.

07. Tangisan kerana terasa hina dan lemah.

08. Tangisan untuk mendapatkan belas kasihan dari orang lain.

09. Tangisan kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. Tangisan orang munafik iaitu berbura-pura menangis.


Inilah pengisian kuliah yang aku hadiri pada minggu lepas yang berkisar mengenai tangisan. Kesimpulannya, menghadiri kuliah ustaz ini memang awesome... heheh...

P/S : Menangis dalam percintaan atau menangis kerana menyukai seseorang adalah tangisan hawa
        nafsu semata-mata manakala menangis kerana takut akan siksa Allah SWT adalah tangisan yang
        hakiki.

Tuesday, July 17, 2012

apam balik...

   Assalamualaikum dan Salam mesra... Mesti tertanya-tanya kenapa entri aku pada kali ini bertajuk berapam balik??... Tanpa bercerita panjang lagi aku memulakan kisah disebalik apam balik.. ceh wa... heheh...
    
    Al kisah dimulakan cerita disebalik apam balik... Pada minggu lalu aku telah pergi ke sebuah pasar malam di Kuala Lumpur untuk membeli keperluan. Semasa sedang berjalan-jalan terdetik di hati ini untuk membeli kuih apam balik, jadi aku pun mencari gerai yang menjual kuih apam balik. Dalam pasar malam tersebut terdapat banyak gerai yang menjual Apam bailk, aku pun bingung mahu beli di gerai mana kuih apam balik...

    Di hujunng pasar malam aku nampak sebuah gerai yang menjual apam balik, gerai tersebut berbeza daripada gerai-gerai yang ada di situ. Penjual pada gerai itu adalah seorang ayah yang ditemani oleh anak perempuannya. Dari segi pakaian mereka tidak secantik dan sekemas penjual yang berada disekeliling mereka, penjual yang lain memakai pakaian yang kemas manakala mereka pula memakai pakaian yang sederhana sahaja. Berbanding dengan penjual yang lain mereka lebih mementingkan kebersihan iaitu memakai sarung tangan plastik apabila memegang kuih apam balik tersebut.

   Disingkatkan cerita... Anak perempuan penjual tersebut seorang yang menjaga aurtnya daripada terdedah, ini dapat dilihat apabila dia menurunkan kembali sarung lengan yang dipakainya apabila ternaik ke atas dengan segera, manakala tudung yang dipakainya tidaklah singkat yang selalu dipakai oleh remaja-remaja. Budi bahasa penjual tersebut juga menawan hati para pembeli yang membeli apam balik digerainya.

        Kesimpulanya... Apam balik yang aku beli tersut tidak memudaratkan ksihatan aku... Syukur Alhamdulilah... hehe...

P/S : Sebelum membeli makanan di gerai-gerai perhatikan kebersihan gerai tersebut dan banding bezakan             
        gerai-gerai di pasar malam yang dikunjungi terlebih dahulu... hehe...
    

Wednesday, July 11, 2012

Pertama Kali Dalam Hidup...

  Assalamualaikum dan salam mesra... post aku pada kali ini menceritakan aktiviti hujung minggu aku bersama Kelab Rakan Islah yang mengembara ke hutan yang tebal dan menakutkan.. ceh... sebenarnya tidaklah juga menakutkan.. Pada hari 8 julai lalu aku telah mengikuti aktiviti rekreasi di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) yang terletak di  Kepung... Aktiviti ini di bawah kelab Rakan Islah, jadi sebagai ahli kelab itu aku pun turut serta dalam aktiviti tersebut. Pengisian sepanjang aktiviti itu sungguh menarik....

Kami telah bertolak dari IB lebih kurang jam 8 dan sampai di FRIM jam 8... Tiba di FRIM kami bersarapan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti yang mencabar... Menu sarapan kami adalah nasi lemak... hehehe
semua sedang khusyuk bersarapan...

  selepas selesai sahaja bersarapan aktiviti pertama aku dan lain-lain adalah jungle tracking perghh... ini kali pertama dalam hidup aku mengikuti aktiviti jungle tracking... Tapi sebelum itu kami diberikan taklimat ringkas terlebih dahulu sebelum jungle tracking. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan aku berada di kumpulan yang pertama, setiap kumpulan akan ditemani oleh seorang pemandu arah yang akan menunjukkan arah semasa berada di dalam hutan kerana takut nanti sesat pula dalam hutan yang seluas 300 hektar itu (luas tu siot)... Kami akan berada dalm hutan selama 3 jam.. perghh... lama juga dalam hutan... Abang pemandu arah itu cakap kalau sesat dalam hutan itu tiga hari baru dapat keluar dari dalam hutan (Perghh... memang survival lah lebih-lebih lagi kalau seorang yang sesat dalam hutan itu)... Abang pemandu arah Kumpulan aku itu ada juga kongsikan pengalaman sesat dalam hutan itu... perghh... masa puasa lagi itu sesat dalam hutan... Dipendekkan cerita kumpulan aku telah bergerak dahulu melakukan jungle tracking... semasa dalam perjalanan bermacam-macam jenis pokok yang aku temui semuanya yang unik-unik, ada juga pokok yang aku tidak pernah nampak selama ini...



 pertama kali aku melihat pokok yang unik ini... 

yang dibelakang itu pintu masuk ke canopy walk... abang yang di atas itu sedang memberi taklimat keselamatan aku pula sedang tangkap gambar... nakal sungguh... hehehe


  Aktiviti seterusnya ialah melintas di titian gantung... Semua ahli kumpulan tidak sabar untuk melintasi titian tersebut terutama sekali aku... apabila melangkahkan kaki ke titian tersebut perasaan gayat mula mengerumuni diri... semua ahli kumpulan aku yang melintas titian itu sama seperti aku itu kerana titian itu terlalu lembut dan fleksibel... namun begitu dengan izin Allah S.W.T kami semua selamat melintas titian Canopy tersebut Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan selamat...


masa ini memang perasaan gayat itu ada dalam diri... ceh wah... 

ini merupakan permandangan Kuala Lumpur yang jelas kelihatan dari titian Canopy


Kumpulan kami keluar dari dalam hutan kira-kira jam 12 lebih macam tu dan kumpulan kami merupakan kumpulan yang pertama keluar daripada hutan dan kami menunggu lagi 3 kumpulan keluar daripada hutan.. Selapas semua kumpulan telah keluar kami pun menjamah kali ini jamah untuk makan tengahari...

Selepas selesai solat Dzuhur Aktiviti seterusnya adalah mencari arah kiblat apabila berada di dalam hutan dan cara mrngambil wuduh menggunakan sebotol air... aktiviti reakrasi yang aku ikuti ini selesai kira-kira pada pukul 4.30 petang macam tu... 


ini ahli kumpulan aku semasa jungle tracking... 


Dipendekkan cerita... aktiviti riadah ini memberi banyak pengalaman kepada aku untuk masa yang akan datang terutamanya sekali apabila sesat dalam hutan... segala pengalaman yang ada dalam diri akan diaplikasikan untuk survive dalam hutan... ceh wah... macam pernah sesat dalam hutan pula...

P/S * kalau ada lagi aktiviti sejenis seperti ini aku mahu ikut lagi... heheh... 


Tuesday, July 3, 2012

Catatan Pertama...

  Assalamualaikum... Nama aku Datu Mohd Nazrul orang kata tak kenal maka tak cinta... eh wah... aku ni tidaklah pandai sangat berblog-blog ni... ini merupakan post pertama aku....  jadi aku mahu crita sikit mengenai diri ini.... boleh gitu??... 

Al-kisah dimulakan... aku merupakan anak kelahiran Sabah yang membesar di sebuah perkampungan yang terpencil di daerah Kota Belud... Dipendekkan cerita.... kini aku telah dewasa dan mampu berdikari sendiri...
aku ni seorang perantau yang merantau ke Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia).. Aku seorang penuntut di sebuah IPG di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai IPG Kampus Bahasa Melayu... di situ aku mempunyai banyak rakan yang baik... aku sekarang berada dalam porgram persediaan ijazah sekarang dan merupakan tahun terakhir untuk ke program ijazah... dalam member-member kelas aku itu secara kebetulan aku sekelas dengan cousin aku dari kampung... perghhh... memang terbaiklah...

Ini Gambar kami sekelas... inilah juga bakal guru-guru Malaysia (perghh... guru sejarah lagi tu siot...)

semua yang ada dalam gambar ini mempunyai ragam yang tersendiri... ada yang pemarah dan ada juga pula yang pemalu... apa-apa pun mereka semua memang baik-baik belaka... ceh... 

Akhir kata ini sahaja cerita yang mampu aku tulis setakat ini...

P/S : saya bangga sekelas bersama mereka walaupun baru berkenalan bersama mereka        semua... hehehe...          
        bye-bye... 

Empunya Blog


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

saya budak baru belajar, 

kalau salah tolong tunjukkan...